Gadis Semasa

Monday 11 April 2011

Dugaan



Pepatah Melayu, langit tak selalu cerah. Awan pun tak selalu mendung. Dugaan sentiasa ada. Tak kisah la untuk diri sendiri atau pasangan.


Tipu la kalau hidup tak pernah teruji kan. Bukan manusia la tu. Haha. Ada macam macam jenis ujian yang Dia bagi. Ada yang biasa biasa saja, ada yang sederhana dan ada yang berat. Tapi bila nama dugaan ni, yang biasa biasa pun rasa teruk sangat.


So, semua tu berbalik kepada pendirian diri sendiri la kot. macam mana kita nak handle dugaan yang menimpa tu. Tak semestinya dia ada Phd, dia terer handle dugaan. Kadang kadang dia pun terbabas. * motif : bukan semua orang berpelajaran tinggi itu pandai. 


Penat dah membebel. Siapa siapa yang tengah ber'dugaan' boleh la kongsi tips di bawah. Kalau ada yang menjadi, Alhamdulillah la kan. :)) Selamat mencuba.



  • Berfikir secara rasional, jangan ikut emosi.
  • Kenal pasti masalah yang membelenggu hubungan anda.
  • Apabila berhadapan dengan masalah atau musuh, bertenang dan selesaikan masalah dengan cara yang baik.
  • Bincang dari hati ke hati dengan pasangan. Buat keputusan yang tepat untuk kebaikan bersama.
  • Jangan mudah berputus asa sebaliknya berusaha hadapi dugaan bersama pasangan anda.
  • Berdoa kepada Allah agar hubungan anda berkekalan sehiangga ke akhir hayat.

* yang tukang taip ni pun selalu berdepan dengan dugaan. takpa, maksudnya Allah sayang kita kan. ;)


Monday 21 March 2011

Membaca macam Paknil



Paknil jadi duta membaca


* betol ke ayat tu?


Nampak sangat kurang membaca. Buat ayat pun macam salah.


Actually, ada Pesta Buku dekat UUM. Rasa teruja sangat nak beli buku. dalam erti kata lain teruja untuk membaca. Ouch! 


Bukan senang nak timbul minat membaca ni. even umur > 20 tahun pun belum tentu boleh ada minat tu. Sementara ada rasa ni, cepat cepat la beli buku. * untuk yang membaca entri ini jugak.



comel. tengok muka Paknil sambil membaca pun okay kan. :))

Wednesday 23 February 2011

Kepingin dan dapat



Ya, kepingin untuk mandi manda dan dah dapat.
Isnin lepas, tanpa pelan yang agak jitu, sampai jugak saya ke Sungai Batu Pahat a.k.a Bukit Ayer kat Perlis. 

Happy woo. dah lama tak mandi sungai/air terjun. 
Tapi sayang la, air macam kurang saja. maybe sebab musim kemarau kot. 

Dua jam berendam dah boleh buat jari jemari saya kecut dan bibir menggeletar. memang sejuk sangat sangat la.macam nak kejang otot pun ada. Lastly, macam dah tak tahan, naik dan terus balik. 

** anyway, hari saya lebih bermakna bila 'percutian' saya disertai oleh teruna pujaan. :))





notakaki: saya tukang ambik gambo. so, takde la gambo saya ni.

Sunday 20 February 2011

Untuk saya juga :)


Zaman muda dan remaja adalah zaman yang amat istimewa bagi kita. Ketika itu kita cergas, gagah, bercita-cita tinggi lagi aktif. 
Inilah zaman yang amat mencabar dan zaman ini akan dipertanggungjawabkan oleh Allah. 
Nabi bersabda,  "Tidak akan berganjak seseorang hamba di hari Kiamat melainkan sesudah dia ditanya tentang 4 perkara:
                                          
Tentang umurnya, di mana dihabiskannya
Tentang waktu mudanya, apa yang telah dilakukan dengannya
Tentang hartanya, dari mana diperoleh dan ke mana dibelanjakannya
Tentang ilmunya, apa yang telah dilakukan dengannya.

notakaki : cuba uruskan empat perkara tersebut ke jalan yang diredhai. Insya Allah.


Friday 18 February 2011

Nak cakap pasal Melayu sikit la.



Skang ni rasa macam sangat sangat patriotik la. sangat sangat merasa untuk membela Melayu kita. Melayu yang bukan mudah lupa tapi MUDAH MENGALAH. mungkin termasuk Melayu yang sedang menaip ni. hehe. 

Bila ada terbaca kata kata Tun Mahathir pasal Melayu dalam newspaper hari tu, rasa macam sedih la. sedih dengan bangsa sendiri. tambah pulak bila teringat lagu "Anak kecil main api" , lagi la macam nak teriak. Macam macam hak keistimewaan orang Melayu dalam negara ni dah dikecam. Adoi, anak anak kita nanti macam mana ha?  


* maaf kerana tiba tiba tacing *


Last week ada ikut abah ke perhimpunan PERKASA Daerah. dapat banyak input dari situ. Perkasa bukan parti politik dan ia mengharamkan politik parti dalam pertubuhan tersebut. Semua Melayu mesti bersatu. itu saja. bukan untuk siapa siapa. tapi untuk generasi akan datang. untuk anak anak kita. entah boleh ada peluang untuk belajar macam kita ke tak eh? 
takuttttttt . . . .







 " Anak kecil main api "

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara

notakaki : bila G, baru perasan ada dua versi la lagu ni., versi baru dan lama. yang di atas versi lama.

JANGANLAH BUAT ORANG YANG MENCINTAI KAMU KECEWA



1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.









notakaki : siapa cinta saya? awak mesti angkat tangan ;p

Thursday 17 February 2011

Pertama



Entri pertama untuk blog baru ni. 
Blog lama? dah jadi hutang lapuk. terus hapuskira. habes!
So guys, feel free untuk 'rasa' betapa 'joyah' nya kita saya.