Gadis Semasa

Monday 11 April 2011

Dugaan



Pepatah Melayu, langit tak selalu cerah. Awan pun tak selalu mendung. Dugaan sentiasa ada. Tak kisah la untuk diri sendiri atau pasangan.


Tipu la kalau hidup tak pernah teruji kan. Bukan manusia la tu. Haha. Ada macam macam jenis ujian yang Dia bagi. Ada yang biasa biasa saja, ada yang sederhana dan ada yang berat. Tapi bila nama dugaan ni, yang biasa biasa pun rasa teruk sangat.


So, semua tu berbalik kepada pendirian diri sendiri la kot. macam mana kita nak handle dugaan yang menimpa tu. Tak semestinya dia ada Phd, dia terer handle dugaan. Kadang kadang dia pun terbabas. * motif : bukan semua orang berpelajaran tinggi itu pandai. 


Penat dah membebel. Siapa siapa yang tengah ber'dugaan' boleh la kongsi tips di bawah. Kalau ada yang menjadi, Alhamdulillah la kan. :)) Selamat mencuba.



  • Berfikir secara rasional, jangan ikut emosi.
  • Kenal pasti masalah yang membelenggu hubungan anda.
  • Apabila berhadapan dengan masalah atau musuh, bertenang dan selesaikan masalah dengan cara yang baik.
  • Bincang dari hati ke hati dengan pasangan. Buat keputusan yang tepat untuk kebaikan bersama.
  • Jangan mudah berputus asa sebaliknya berusaha hadapi dugaan bersama pasangan anda.
  • Berdoa kepada Allah agar hubungan anda berkekalan sehiangga ke akhir hayat.

* yang tukang taip ni pun selalu berdepan dengan dugaan. takpa, maksudnya Allah sayang kita kan. ;)


No comments:

Post a Comment