Gadis Semasa

Sunday 20 February 2011

Untuk saya juga :)


Zaman muda dan remaja adalah zaman yang amat istimewa bagi kita. Ketika itu kita cergas, gagah, bercita-cita tinggi lagi aktif. 
Inilah zaman yang amat mencabar dan zaman ini akan dipertanggungjawabkan oleh Allah. 
Nabi bersabda,  "Tidak akan berganjak seseorang hamba di hari Kiamat melainkan sesudah dia ditanya tentang 4 perkara:
                                          
Tentang umurnya, di mana dihabiskannya
Tentang waktu mudanya, apa yang telah dilakukan dengannya
Tentang hartanya, dari mana diperoleh dan ke mana dibelanjakannya
Tentang ilmunya, apa yang telah dilakukan dengannya.

notakaki : cuba uruskan empat perkara tersebut ke jalan yang diredhai. Insya Allah.


1 comment:

  1. bestnyer mandi manda.. Dah lame x mandi sungai, air terjun.. :(

    ReplyDelete