Gadis Semasa

Friday 18 February 2011

Nak cakap pasal Melayu sikit la.



Skang ni rasa macam sangat sangat patriotik la. sangat sangat merasa untuk membela Melayu kita. Melayu yang bukan mudah lupa tapi MUDAH MENGALAH. mungkin termasuk Melayu yang sedang menaip ni. hehe. 

Bila ada terbaca kata kata Tun Mahathir pasal Melayu dalam newspaper hari tu, rasa macam sedih la. sedih dengan bangsa sendiri. tambah pulak bila teringat lagu "Anak kecil main api" , lagi la macam nak teriak. Macam macam hak keistimewaan orang Melayu dalam negara ni dah dikecam. Adoi, anak anak kita nanti macam mana ha?  


* maaf kerana tiba tiba tacing *


Last week ada ikut abah ke perhimpunan PERKASA Daerah. dapat banyak input dari situ. Perkasa bukan parti politik dan ia mengharamkan politik parti dalam pertubuhan tersebut. Semua Melayu mesti bersatu. itu saja. bukan untuk siapa siapa. tapi untuk generasi akan datang. untuk anak anak kita. entah boleh ada peluang untuk belajar macam kita ke tak eh? 
takuttttttt . . . .







 " Anak kecil main api "

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara

notakaki : bila G, baru perasan ada dua versi la lagu ni., versi baru dan lama. yang di atas versi lama.

No comments:

Post a Comment